Contoh Produk Retort
Antara makanan yang boleh diretort dan contoh produk tersebut di Jepun dan negara-negara lain.

Makanan Bayi (Jepun)
Gergasi makanan Kewpie menggunakan teknologi retort untuk produk makanan bayi mereka. Ia disesuaikan dengan makanan yang sesuai dengan umur bayi.

Minuman Tradisional (India)
Syarikat minuman Paperboat Drinks menggunakan retort untuk minuman tradisi India — dari teh dan jus hingga ke minuman bersusu dan mempunyai serat buah.

Makanan Haiwan (USA)
Syarikat tuna Starkist yang diasaskan pada 1917 menggunakan teknologi retort untuk isi sandwich dan makanan haiwan berasaskan tuna dan salmon.

Nasi & Rendang (Msia)
Kembara Meals menggunakan teknologi retort untuk makanan kembara yang mempunyai nasi dan rendang serta dilengkapi pinggan dan garfu.

Makanan Kapal Terbang (Jepun)
Syarikat penerbangan Jepun, ANA memasarkan kari mereka dengan menggunakan retort. Antara kari yang dijual termasuklah kari ayam Awaodori yang khas untuk penumpang kelas pertama.

Sos / Paste (India)
Syarikat makanan antarabangsa Knorr menggunakan retort untuk produk sos pizza & pasta mereka di India. Sos versatile ini boleh digunakan untuk cicah atau sapuan roti dan pizza.

Pasta (German)
Syarikat Miracoli memasarkan pelbagai jenis pasta sedia dimakan, dari pasta klasik kepada Arrabiata dengan teknologi retort. Ia memasarkannya dengan menyatakan pasta yang sedap siap dalam 90 saat.

Makanan Organik (USA)
Syarikat Seeds of Change memasarkan makanan organik mereka dengan menggunakan retort. Syarikat ini juga bereksperimen dengan pouch boleh kitar semula sejak 2020.

“Kami telah mendapatkan khidmat dari RetortLab
untuk mengajar & memperbaiki proses retort makanan syarikat kami.”
TOKDA FOOD