Apa Itu Retort?
Ketahui tentang retort & sejarah ringkas tentang teknologi ini.

Retort – Cara Mudah Memanjangkan Hayat Makanan
Retort adalah cara moden untuk memastikan sesuatu produk makanan kekal segar sehingga 2 tahun, tanpa sebarang penggunaan pengawet.
Makanan yang ingin diretort biasanya diisi ke dalam pouch aluminium, botol kaca atau botol polypropylene (PP). Pouch yang telah di sealed kemudiannya akan disterilisasi pada suhu & tekanan tinggi di dalam sebuah bekas yang dipanggil mesin retort. Proses ini menghapuskan semua mikroorganisma yang merosakkan makanan (terutama sekali Clostridium botulinum) sekaligus menghalangnya daripada rosak.
Produk yang telah diretort boleh disimpan pada suhu bilik tanpa perubahan rasa, rupa dan nutriennya.
Sejarah Ringkas Retort
Makanan menggunakan teknologi retort dimulakan oleh tentera Amerika sekitar 1960an. Ia sebagai pengganti makanan dalam tin tentera mereka.
Pada tahun 1969, makanan retort telah dibawa oleh angkasawan dalam misi Apollo 11 ke bulan.
Akan tetapi, penggunaan retort lebih terhad kepada misi kententeraan dan ekspedisi. Kesedaran tentang makanan retort di kalangan orang awam tidak meluas di negara itu.
Menariknya, negara yang menjadi pelopor memperkenalkan makanan retort kepada orang awam adalah Jepun.
Di Jepun makanan retort pertama yang dijual kepada awam dimulakan oleh Otsuka Holding yang menjual kari dalam pouch pada 1968.


Retort Kini
Sejak diperkenalkan, makanan dengan teknologi retort mendapat sambutan luar biasa di Jepun.
Jika teknologi ini hanya dikenali beberapa tahun kebelakangan ini di Malaysia, makanan dengan teknologi retort telah digunakan lebih 50 tahun di negara itu.
Di Jepun, makanan sedia makan dengan teknologi retort disusun bagaikan buku. Dan ia diminati kerana ianya dilihat lebih sihat.
Ia digunakan untuk makan bayi dan makanan siap masak pada waktu bencana hinggalah ke makanan yang dihidang di dalam pesawat oleh syarikat penerbangan Jepun ANA.
Di Malaysia, makanan dalam pouch retort telah mula mendapat tempat walaupun belum meluas.
Dan di antara agensi besar, Tabung Haji telah menggunakannya sebagai makanan untuk jemaah haji mulai tahun 2019 semasa jemaah berada di Mina dan wukuf di Arafah.