Skip to content
Home » Blog » Pembiakan Bakteria Yang Merosakkan Makanan

Pembiakan Bakteria Yang Merosakkan Makanan

Bakteria Pemusnah Makanan

Bakteria membiak pada kadar 20 minit pada keadaan yang optimum seperti kehadiran makanan (nutrient), nilai asidity makanan melebihi 4.5, suhu, masa, oksigen dan kelembapan.

Dari segi teori, dengan kehadiran faktor-faktor di atas, ia hanya memerlukan 1 sel bakteria pada setiap gram makanan untuk membiak dan merosakkan makanan dalam masa 4 jam.

Mengikut “best practise” proses retort, makanan selepas 4 jam tidak dibenarkan untuk diretort.

Ini adalah untuk mengelak dari meretort makanan yang sudah basi.

Cara Mengatasi Pembaziran Makanan Untuk Diretort

Ada beberapa cara bagi mengelakan dari makanan rosak sebelum ia diretort:

  1. Masak dalam kuantiti yang kecil. Dan retort makanan tersebut secepat mungkin jika kapasiti tidak mengizinkan.
  2. Panaskan semula makanan pada suhu 121c sekurang-kurangnya 6 minit setiap 2 jam.
  3. Menyimpan makanan di dalam peti ais pada suhu yang tidak melebihi 5 darjah celcius. Ini kerana bakteria tidak / kurang aktif pada suhu tersebut.
  4. Sejukbeku makanan selepas di masak.

Tinggalkan Balasan